Jika engkau berdukacita, renunglah ke lubuk hati , dan kau akan temui bahawa sesungguhnya engkau sedang tangisi sesuatu yang pernah engkau syukuri- ©Kujie

29 December 2007

Setting Widget Mybloglog

Dulu saya pernah memberi tutorial di SINI untuk menukar code supaya mybloglog kita nampak gambar avatar tetamu yang kecil dan comel.

Tetapi ada kawan yang bertanya, macam mana hendak memasang widget mybloglog di sidebar blog. Rupa² saya terskip langkah yang utama. ..he he he...saya ingat ramai yang tahu .

1. Mula² pergi ke MyBlogLog dan sign in ( atau Join Now bagi yang belum ada akaun MyBlogLog).

2. Pada HOME , klik blog yang ingin kita pasang widget ( ada yang mempunyai lebih dari satu blog ). Klik Widget.

3. c_color_heading_bg > pilih warna yang hampir sama dengan background blog , c_color_heading > yang ini merupakan warna tulisan Recent readers dan seterusnya code warna yang lain.

4. Ubah nilai angka 180 pada Width dengan nilai lebar yang di inginkan (dalam pixel).

5. Pada Show Screen Names: pilih No , pada Image Size pilih Half- size. Pada Rows,pilih 5 atau saya pilih 10. Pada Title tu gantikan Recent Readers dengan tulisan yang kita kehendaki, seperti saya menggunakan Tetamu Terkini.

6. Klik Preview and Get Code , copy dan paste pada sidebar blog mengikut kesukaan masing sesedap rasa masing².

Saya letakkan pada sidebar paling atas, jarang jumpa kat blog orang lain macam tu kan? Ssebab saya sangat² menghargai kehadiran kawan² , tetamu² saya dan saya suka melihat avatar yang terdapat di situ..comel!!!

Nak letak avatar?

Klik pada Edit profile / change image / Add Photo / Browser / Upload/ crop / Used Selected Image.

Sekarang Yahoo telah mengambil alih MyBlogLog, maka kita diberi pilihan untuk tick pada All my Yahoo! profile atau MyBlogLog only .

Siap.

Klik SINI untuk tutorial yang lain.



Saya dah nak balik kampung ... jumpa lagi pagi Isnin, InsyaAllah...babai!

21 December 2007

Cara back-up blog

amei79 said...
apa maksud anda dgn kehilangan blog? sbb terlalu lama tak aktif blogging, blogger pun menyah-aktif-kan a/c blogger anda?


Amei, semua blog saya hilang dan akaun gmail saya invalid...untuk cerita lengkap baik baca di SINI

cHiQuE CoMeL said...
kak jie... hmmm blog yg kita ada tuh mmg sentiasa nak kena buat backup ker hah??? cemana ek nak buat back up tuh???

p/s: nmpk gaya chik kena mintak kak jie buat tutorial percuma spesel utk chik nih - cara² cemana nak buat backup blog :

Sebenarnya dulu saya menyimpan entry saya dalam Goggle Reader sehingga saya membaca tutorial di blog Rohman cara² mengback-up blog kita ke Wordpress dengan lebih mudah. Caranya sangat mudah dan ikuti tiap langkah ini dengan teliti.


1. Daftar Wordpress atau jika telah mempunyai akaun, terus saja Login.

2. Klik Dashboard

3. Klik Manage

4. Klik Import, kemudian pilih dari mana yang ingin kita import, contoh Blogger,LiveJournal

5. Klik Authorize di Import Bloger.

6. Klik Grant Acess di Google Acess Request.

7. Klik Import di Magic Button ( kesemua blog kita akan dilampirkan, pilih blog yang mahu kita back-up)

8. Tunggu sehingga selesai segala proses dan semua entri kita akan dipindah ke WP secara automatik.

Pilihan lain yang ada adalah dengan mengback-up di blogbackuponline.com

syahidatul said...

kekadang saya terbayang gak... kalau one day kita dah meninggalkan dunia ini... apa lah jadi pada semua2 ni?

ada friendster kawan saya dalam list friends saya. dia dah meninggal.. tapi saya biarkan je.. tak nak la delete... biar kenangan.

Bagi diri saya, saya telah mengamanahkan kepada beberapa kawan baik untuk menyimpan username & password dan mereka akan mendelete BLOG INI jika saya sudah TIADA LAGI tetapi membiarkan BLOG LAIN yang kandungannya hanya artikel bukan seperti blog ini.

Klik SINI untuk tutorial yang lain.

03 December 2007

music replace my words



Saya agak sibuk hari ni, jangan ingat surirumah tak kena monday blues, kadang² bukan setakat blues, boleh mencapai tahap heavy metal . Walau bagaimana pun saya nak jawap pertanyaan seseorang mengenai mengoutoplaykan embed youtube.

Contoh untuk embed Richard Clayderman - Ballade pour Adeline (1982 music video) ini,

<object width="425" height="355"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/-ApLqj870uI&autoplay=1"></param><param name="wmode" value="transparent"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/-ApLqj870uI&rel=1" type="application/x-shockwave-flash" wmode="transparent" width="425" height="355"></embed></object>

Tukar autoplay pada embad code tersebut. Sebenarnya saya hanya trial & error, mungkin ada cara lain selain dari ini. Saya gembira kerana ada orang yang memberi perhatian pada apa yang saya telah buat pada blog ini, dan saya amat berbesar hati untuk berkongsi sejemput pengetahuan yang saya tahu. Jangan letakkan youtube pada posisi autoplay lebih dari satu dalam suatu masa, nanti pening speaker.

Link lain : Cara letak youtube pada entry

Klik SINI untuk tutorial yang lain.

Followers