
Protect yourself from identity theft
Berhati-hati dengan email palsu seperti ini. Saya menerima lebih 10 email spam seperti ini dari Maybank, RHB dan CIMB.
Rasa sedih bila membaca akhbar mengenai mereka yang hilang wang simpanan kerana tertipu . Lagi sedih kerana mereka adalah orang² yang berpelajaran dan berkerjaya hebat.
Jangan klik apa-apa link yang disertakan di dalam email tersebut. Hanya berurusan dari laman web sebenar.
Hari ini mari kita belajar macam mana menjejak penghantar email.
1- Klik ke http://www.ip-adress.com/trace_email/
2 - Buka email yang kita terima. Di bawah kanan ada “Full Header”, klik . Untuk email Yahoo yang baru, klik kanan pilih “View Full Headers”.
Untuk email lain, klik How to get the header of an Email
full email header
3 - copy semua info yang diberi

email header
4- paste pada email tracing box dan klik “Trace Email Sender”

track email
5 - Keluar keputusan dari mana email tersebut datang, dengan google map lagi!

Email Tracing Succesful!
Kalau nak tau lagi , cari di http://www.whois.net/
salam..bguls ler care ni..sye da try da..mmg tepat..
ReplyDeleteBoleh cuba ni. :)
ReplyDelete