Jika engkau berdukacita, renunglah ke lubuk hati , dan kau akan temui bahawa sesungguhnya engkau sedang tangisi sesuatu yang pernah engkau syukuri- ©Kujie

12 January 2008

Ubah lebar kolum

Blog saya ini kan selalu jadi desk help center, kali ini Cik Mika Yang Unik nak tau macam mana nak lebarkan kolum.

Selalunya template ada 2-3 kolum dan lebar kolum dalam unit pixel. Kita dapat mengetahui lebar kolum kita dalam style sheet CSS.

Pergi kat Template > Edit HTML dan kita akan lihat contoh seperti ini :

#header-wrapper {
width:900px;
margin:0 auto 10px;
border:1px solid $bordercolor;
}

#outer-wrapper {
width: 900px;
margin:0 auto;
padding:10px;
text-align:justify;
font: $bodyfont;
}

#main-wrapper {
width: 435px;
margin-left: 20px;
margin-right: 20px;
float: left;

}

#sidebar-wrapper {
width: 220px;
float: right;
}

* Warna merah itulah lebar kolum template. Untuk mengubah lebar kolum, tukarkan nilai width tersebut.

header-wrapper = nilai lebar header kita
outer wraper = hasil penjumlahan lebar kolum main-wrapper dan sidebar-wrapper.
main-wrapper = lebar kolum halaman untuk posting.
sidebar-wrapper = bahagian tepi di mana kita menyimpan berbagai aksesoris.

Jie ~ saya bukan pakar edit mengedit, penerangan saya mungkin salah dari segi istilah sebenar dunia IT kerana saya selalu trial & error, preview sebelum saya save.

Semalam saya jumpa blogger suami isteri yang datang dari Terengganu , Mad.redo1 , isterinya Linda dan 2 anak gadisnya yang comel. Entri dan gambar akan menyusul apabila saya mencilok gambar dari blog mereka.


Klik SINI untuk tutorial yang lain.

4 comments:

  1. salam

    boleh juga guna peratus contoh 90% atau 70%

    *tips - lebih dinamik dan sesuai tuk semua screen resolution ( bergantung kepada gambar dan saiz )

    ReplyDelete
  2. Bagus! Bagus!

    Cuma kadang-kadang kena pandai selaraskan, sebab antara IE, Mozilla atau Opera misalnya, berbeza walaupun saiz resolusi yang sama.

    ReplyDelete
  3. perindu

    Salam... kakjie ajarkan yg asas je..makcik² ni bkn suka godek² code..derang alergic..nnt pengsan!

    bp sebab tu kena trial & error..kena berani dan rajin jenguk html code tu..ada byk rahsia tersembunyi kat situ...kalo dah mahir baca code2 tu..boleh ubah dan susun atur ikut kesukaan masing²..kakjie cuma bagi jalan yang asas..kemahiran kita berbeza

    ReplyDelete

Komen anda sangat dihargai...

Followers