Salam kawan² semua.
2-3 hari lepas ada seorang kawan blogger telah membuka topik yang begitu popular, maksud popular bagi saya adalah kerana topik ini sentiasa mendapat maklum balas dan reply yang tinggi di setiap forum yang saya sertai.
Topik ini paling mudah untuk menarik pembaca, satu taktik yang mudah dan menarik. Selepas mendapat komen yang tinggi, tiba² dicanangkan seluruh alam bahawa kami tertipu kerana mereka sengaja hanya untuk mempopularkan blog.
Saya percaya, ramai pemblog menggunakan taktik seperti ini untuk mendapat ranking yang baik tetapi adakah cara ini berkesan untuk jangkamasa yang lama? Sekiranya memang tuan punya blog itu berniat untuk popular, beliau boleh bertindak begitu tetapi simpan niat tersebut diam² jauh disudut hati jangan sesekali hebohkan seantara alam. Anda mentertawakan kebodohan pengunjung( kawan²) anda kerana tertipu dengan taktik anda.
Ha ha ha ...korang kena tipu...korang kena..tipu...
Sebagai seorang yang merasa diri tertipu, apa perasaan anda? Apakah persahabatan dan perhubungan yang baik boleh dibina dengan cara tersebut?
Persahabatan perlu dibina, tak akan muncul dalam sehari dua tak akan datang tanpa di cari, tak akan dapat tanpa MEMBERI! Membina perhubungan adalah seni pengurusan yang memerlukan sistem pentadbiran yang kemas iaitu pentadbiran peribadi yang baik. Kita belajar menguruskan ego seseorang, keperluan emosi teman , psikologi dan sosial. Bila teman sekeliling kita merasa segar, bertenaga dan selesa dengan apa yang kita lakukan, barulah kita mendapat tindakbalas yang baik.
Orang yang hendak kita kawan itu adalah pelanggan kita. Dia pembeli/pengguna bahan yang kita hasilkan/ kita tampilkan atau kita ucapkan. mereka yang akan tentukan apa yang mereka mahu sama ada ciri² yang menyenangkan diri mereka ada pada kita.
Ini seperti satu perniagaan, produknya adalah diri kita. tentu semua orang hendakkan yang berkualiti. Untuk itu cipta produk kita untuk memenuhi setiap situasi kerana teman kita adalah manusia yang sentiasa alami perubahan pemikiran, citarasa dan keinginan.
Untuk mendapatkan perhubungan yang kukuh, kita perlu ikhlas dan terbuka. Buktikan kita ingin mengenali diri mereka, perasaan mereka dan fikiran mereka. Tunjukkan bahawa kita berminat dengan cita² mereka, harapan, hobi, kepercayaan, pegangan hidup juga kebimbangan atau keraguan mereka.
TETAPI...jangan sesekali membuat penilaian atas apa yang diberitahu. Kita bukan hakim dan tidak ada orang yang suka dihakimi.
Kepada kawan² yang bercita² untuk mempopularkan blog mereka, saya turunkan beberapa cara untuk diikuti. Ini adalah cara teknikal, tak berhubung kait dengan emosi,kepercayaan, prinsip hidup atau segalanya yang di miliki manusia.
1. Salah satu cara agar blog kita lebih cepat terindeks di google adalah kita di link oleh blog yang mempunyai page rank yang tinggi. Pasanglah terlebih dahulu link blog mereka pada blog kita dan saya percaya blog kita akan di link balik oleh mereka.
2. Daftar blog anda ke berbagai direktori blog (blog directory). Sebagai contoh, daftarkan blog directory :-
Technorati
Feedburner
Technorati adalah direktori yg terkenal dan terbesar. Technorati bukan sahaja sebagai directori blog, tapi ianya juga sebagai blogsearch, tags dan aggregator.
3. Daftar di goggle* sitemap.
Semoga blog kawan² akan mudah terindet di google dan mencapai ranking yang baik untuk popular.
Esok kita daftar kat yahoo pula ye... Semakin banyak saya tahu semakin saya sedar betapa banyak lagi yang saya tidak tahu.
Edit : Perkataan goggle* itu sengaja saya kekalkan kerana saya sering menulis pasal pakcik google ini, itulah ejaan saya. Mesti tersilap letak o dan g.
Klik SINI untuk tutorial yang lain.
Jie ~ Ada kemenyan sebesar lutut jika tidak dibakar tidak akan berbau

- Caranya login dengan ID gmail dan pergi ke goggle* sitemap
- Dekat Dashboard ada kotak Add Site. Masukkan url blog. Klik Verify your site.
- Pada menu dropdown yang ada, pilih Add a meta tag.
- Copy paste mega tag yang diberikan dan letakkan di bawah <head> dan sebelum <body>.
- Bila dah save dalam blog, pergi ke google sitemap tadi, klik Verify.
Semoga blog kawan² akan mudah terindet di google dan mencapai ranking yang baik untuk popular.
Esok kita daftar kat yahoo pula ye... Semakin banyak saya tahu semakin saya sedar betapa banyak lagi yang saya tidak tahu.
Edit : Perkataan goggle* itu sengaja saya kekalkan kerana saya sering menulis pasal pakcik google ini, itulah ejaan saya. Mesti tersilap letak o dan g.
Klik SINI untuk tutorial yang lain.
Jie ~ Ada kemenyan sebesar lutut jika tidak dibakar tidak akan berbau
thanks kak jie for the info ..
ReplyDeleteberkongsi itu lebih baik .. ;)
anyway .. morning
lily ada berbagai² lagi cara atau tips, esok² la kita belajar sikit²..kakjie cuma ingin berbuat baik selagi ada peluang..
ReplyDeletemuaahhh..lily :D
bagusnyer tip..tapi perlu ker forfuler???.... :-)
ReplyDeletewell said Jie..setuju sgt dgn pendapat Jie tu...
ReplyDeletesaya pun "dipanggil" juga utk beri komen kat situ, but after reading all the comments, I decided not to. Dah jauh menyimpang dari entry asal..
Bg saya, ni my personal opinion, komen yg diberi harus based on entry..itu yg tau pasal blogging ni..kalau nak bercerita lebih or lari dari topik , blog is not the correct platform..forum lebih sesuai...
my two cents...
bekawan kene ikhlas..
ReplyDeletekan mama jie kan kan kan
:)
Jie, akak xnak le jd fofuler sgt..nnt x terlayan lak balas surat peminat, nk sign otograf berbagai, nk shopping ke nnt wartawan duk intai je..kdg2 shopping kat Petaling Street je..wakakah =D..
ReplyDeleteApapun, rasanya setakat ni akak berkawan dengan sume orang dengan ikhlas, dan kita dapat rasa bila org ikhlas atau tidak, dan org pn dpt rasa kita ikhlas ke x, tanpa perlu ditunjukkan dengan perkataan atau barang berharga...nikmat berkawan itulah ikhlas sebenarnya, biarpun dimana berada (*yalah mcm di alam maya ni..). Harap sume yg berkawan dgn akak akan merasakan begitu..
*psstt..Jie xpndai sgt nak letak mcm2 menda alah kat blog tu..tkut jammed kang..hehe..Jie kna turun Ktn ajarkan, akak belanja rojak ayam spesel..hiks!!
dbi sebenarnya ada byk sebab org berblogging.. saya cuma nk share dgn kawan²...membina persahabatan...nak fofuler tu..jauh sgt dari panggang...
ReplyDeleteuncle j sy malas nk bercerita panjang ttg hal tu..tapi uncle..kalau kat forum pun ada peraturan dan panduan...dan salah satu larangan " jangan out of topic" sekali dua mungkin moderators lepas tangan..kalau dah selalu..kena tebas..mula marahkan moderators..lepas tu mcm²lah..sok sek sana sok sek sini...dan yang paling sedih..boleh mengata ttg forum yang memang dia menjadi ahli kat forum lain..dia tak nampak salah silap dia..dia nampak salah org je..
ReplyDelete( mcm lepas geram je ni...out of topic )
ziana ye betul tu.... walaupun keikhlasan tu spt semut hitam di atas seketul batu yang hitam di malam gelap gelita..kita mungkin tak nampak..tetapi dia tetap ADA.
ReplyDeletejgn mengharapkan balasan..jika berharapkan balasan..sesuatu yg kita buat tu akan mengecewakan kita jika apa yg diharapkan tidak kesampaian.
ummi ha ha ha....lawak la kak ummi nie...nnt sy sms vote ye..biar fofuler...:p
ReplyDeleteSy cuma ingin berbuat sesuatu yang yang boleh meninggalkan kesan dan gambaran yang baik kepada org lain.
p/ss.... janji tau kak ummi..nnt bile2 sy turun kuantan kita lepak TC dn jgn lupa rojak ayam tu...mcm best je skrg ni ckp pasal ayam :p
saya fikir kalau buat iklan kat TV ke radio ke...lagi cepat popular....:P
ReplyDeleteSalam jie..deri jarang komen, kerana tak suka bab komen mengomen ni walaupun masa belajar dulu `crit session' misti ada bila nak submit projek, sampai nipis telinga & ada yang nangis2 gitu....
ReplyDeleteBetui kata jie, org bina blog dgn pelbagai tujuan.. Namun, sebab utamanya dia nak meluahkan rasa hatinya, samada pd diri sendiri ataupun utk dikongsi dgn org2 lain yg tak dikenalinya. Dalam perjalanan tetiba saja dia didatangi oleh ramai pemerhati yg tertarik dgn cara penyampaiannya maupun karekter yg `dia bayangkan' pada org lain, sampai ada yang angau dan gila bayang. Bila ini berlaku, kekadang tu dia mudah lupa diri & akan cepat melatah. Selalunya dia akan mula menyimpang dari tujuan asal dia membina blognya. Sasarannya berubah kepada glamerr & fofulerr. Akhirnya terjadilah kisah2 kurang senang "tertipunya tipah dek penipu yang menipu tipah tipah yang tidak sangka tertipu".
Sekian, wassalam...dari mimbar masjid hari ini....
Semuanya terletak pada hati.
ReplyDeleteWalau apa pun, dlm sehari dua tiga kali saya singgah blog k. jie. Kau popular dihatiku...SUNGGUH!!
hehehe... lepas ini mad redo1 akan menjadi fofuler, fofuler dan bertambah fofuler... MUAHAHAHA...
ReplyDeleteerrr... not.
kailan siap ade peraduan gores dan menang...:p
ReplyDeletekunadzri Deri mmg jarang bagi komen, kalo dia komen...kena keep alert. Biasalah org bijaksana dia mendiamkan diri, sesekali terbit dgn segala mcm pendapat yang bernas tak perlu mohon permit :p
ReplyDeleteBlog sy dari dulu hingga kini ttg diri saya, ttg anak² dan suami, ttg kawan² sesekali disulam dgn koleksi artikel yg saya fikir boleh memberi kebaikan kepada semua walaupun tidak fofuler.
Walaupun saya suka membaca blog sosial politik, saya jarang bercerita di sini.
Sejak dua menjak ini je, saya buat blog tutorial , itu pun selalu saya posting sesuatu yang ditanya dulu. Saya tak pandai menulis jadi apa yg terhasil di blog ini, itulah kemampuan saya.
Terimakasih ye Deri atas pandangan dari orang yg memerhati.
cikgu panji terimakasih cikgu... saya suka berkongsi... saya cuma ingin berbuat sesuatu yang boleh meninggalkan kesan dan gambaran yang baik kepada orang lain...selalu saya ingatkan tentang ini...
ReplyDeletemad.redo1 bersedia.........he he..erk kenapa berhenti gelak lanun tu...lum habis :p
ReplyDeletehahaha, nk fofuler..masukla realiti show..bagus k, x bagus k..leh fofuler...
ReplyDeletehmmmm, dok dapo aje jun ni jie..x yah fofuler pon x per..dpt cr kwn2 ni cukup ar..to color my life! toce3...
Dlm dunia blog ni, kdg kala org jadi hipokrit. Karektor sebenar berbeza. Ini adalah kerana mereka fikir pengunjung akan sukakan karektor yg mereka cipta. Namun ada juga yg mencerminkan karektor mereka yg tersendiri, yg pada zahirnya di dunia sebenar, tak disukai oleh org lain.
ReplyDeleteMelalui blog, kita dpt ramai kawan tetapi jangan ghairah mengumpul kawan tanpa menghiraukan perasaan mereka. Walaupun tak pernah bertemu, mereka adalah manusia seperti kita yg ada hati & perasaan.
Sebetulnya ada niat kita yg ikhlas, diperlekehkan oleh blogger yg tak bertimbangrasa & langsung tak menghargai masa yg kita habiskan utk mereka.
Jadilah blogger yg berhemah & carilah kebaikan, bukan keseronokan semata2...Populariti hanyalah sepatah perkataan yg tiada erti jika tiada kawan2 yg sudi menghargai.
mgkin kita ade sbb tersendiri nape nk berblog.. tp bg sy utk fofuler,x mgkin.. rimas !!!
ReplyDeletememanglah sangat sengal org yang wat cmtuh mama..
ReplyDeletekite kene ikhlas kalau nk raih kawan ni :)
kan ma?
hehe..
pape pun..
blog mama kan sangat la popular tau :D
jun bertempek bedak sejuk, berkain batin...ttgp fofuler di hati anak²..itu sudah cukup kan Jun..:p
ReplyDeletenorzKesimpulannya untuk bermatlamat murni saya dan semua kena pandai bermain dengan cara/method yang betul, ini memungkinkan kebarangkali untuk matlamat murni itu bermakna dan berhasil. Kita perlu mempelajari atau maninggikan ilmu kita tentang cara/method ini supaya setiap matlamat dan cita-cita kita tadi kesampaian.
ReplyDeleteput2nemo ye betul tu, setiap org ada matlamat tersendiri tetapi dalam membina perhubungan persahabatan tentu ada sempadan, ada adap ada 'term and condition' yang perlu kita patuhi.
ReplyDeleteyonna mungkin juga salah pemahaman..mgkn bukan niat tetapi cara tersebut mmg melukankan...membunuh pucuk persahabatan yang baru bercambah..
ReplyDeleteerk..ni ayat power tu..nk bodek ape? nk tau coding yg mana satu pula :p
Salam Kak Jie,
ReplyDeleteLama tak bagi komen kat sini.. he he.. padahal Tuan Rumah Selalu komnen di blog Kasawari.. he he
Waktu entri tersebut, saya berada di Putrajaya.. tapi sempat mengikuti perkembangan perdebatan tersebut melalui laptop rakan yang lain..
Terkejut jugak membaca komen komen di situ yang jauh menyimpang dari Simpang Renggam.. he he buat lawok lah pulak..
Sepatutnya.. tuan punya blog.. perlu handle komen komen di situ supaya tidak jauh menyimpang dari entri yang asal.. entrinya menarik dan tertarik.. tetapi komen komen disitu mungkin keliru dan tak dapat nak tangkap apa yang dimaksukdan oleh tuan punya blog tersebut..
Malah nama Kasawari pun disebut supaya memberikan pendapat tentang itu... tapi apa kan daya.. saya jarang ke blog tu.. ni tiba tiba pulak bagi komen panjang lebar di sana..
Apa pun saya setuju sgt apa yang Kak Jie tulis di entri ini.. dan aa yang blogger2 lain komen di ats ni... perlu ada keikhlasan.. niat itu penting.. ikhlas dan ikhlas.. saya ada entri tentang Ikhlas ini dulu.. kalau senang bacalah.. (bukan nak popularkan blog)...
SALAM.
kasawari salam kasawari..tak pe..kakjie cukup memahami kesibukan kehulu kehilir..:p
ReplyDeleteDunia internet ini luas , buka minda dah merayaulah..kutiplah seberapa banyak ilmu dan temui sebegitu banyak manusia dan peribadi. Hak mutlak kita untuk memilih siapa yang bersesuaian...
Nasihat saya mudah, jangan take over blog orang..tetamu yang datang ingin berinteraksi dengan tuan punya blog, berdiskus tentang entry dan penulisan. Bertukar fikiran, idea dan pandangan.
Hormati tetamu tuan blog. Siapa pun mereka, mereka adalah tetamu tuan punya blog, kita tiada hak untuk campur tangan. Jaga rumah masing²..:p
Treat other people the way you would like to be treated.
"Semakin banyak saya tahu semakin saya sedar betapa banyak lagi yang saya tidak tahu"
ReplyDeletesokong, sokong! The more u give, the more u get. Nk tambah. antara lain kita "backlink". Ha mcm wordpress ada kelebihan tu. Tp blogspot lum lg. huhuu.. Tp takpa. Blogspot nih anak Pakcik Google. So Pakcik Google akan selalu pandang kat blogspot. Mmmuuaahhh... syg pakcik google. Keep blogging buddy :)